Malay literature
Sewaktu saya kecil, saya bertanya kepada Datuk, mengapa manusia mempunyai dua kaki. Jawab Datuk: agar tidak tumbang bila berdiri dan tidak rebah bila berlari. Datuk juga ada berkata yang kita manusia mempunyai empat kaki. Kita berkaki dua pada zahirnya dan lagi duanya terletak pada batinnya, iaitu Adat dan Agama. Kaki kanan menegakkkan agama dan kaki kanan mendokong adat. Tanpa agama dan adat kita akan tumbang.
Source: Kusha, thanks kusha