Bantah Penubuhan IFC

                          Friday, October 28, 2005

 

                         

                     
                      Bantah Penubuhan IFC
                      
                         

 

  PENUBUHAN INTERFAITH COMMISSION

1. Apakah Interfaith Commission (IFC)?

IFC
yang nama asalnya ialah IRC – Inter Religious Council (IRC) adalah
sebuah suruhanjaya yang dicadangkan penubuhannya seperti sebuah badan
berkanun yang mempunyai kuasa undang-undang yang boleh mengubah ajaran
sesetengah agama (baca: agama Islam) akibat desakan penganut agama
lain. Badan ini berfungsi mirip sebuah mahkamah dan segala keputusannya
adalah muktamad ke atas agama yang bersabit. IFC juga akan berfungsi
seperti SUHAKAM yang menerima dan melayan aduan-aduan berkaitan dengan
agama.

2. Siapakah yang mencadangkan penubuhan IFC?

IFC
digagaskan penubuhannya oleh Malaysian Consultative Council Of
Buddhism, Christianity, Hinduism dan Sikhism (MCCBCHS) ataupun Majlis
Perundingan Malaysia Agama Buddha, Kristian, Hindu dan Sikh melalui
memorandumnya kepada Majlis Peguam bertarikh 21 Ogos 2001. Presiden
MCCBCHS ialah V. Harcharan Singh.

3. Siapakah yang paling bersemangat sekali menyokong penubuhan IFC?

Majlis
Peguam terutamanya Jawatankuasa Kecil Hak Asasi Manusia amat kuat
menyokong penubuhan IFC dan amat berharap ia akan berjaya. Kronologinya
seperti berikut:

Pada 8 Ogos 2001, Majlis Peguam
telah menerima satu memorandum daripada MCCBCHS mengenai perkara ini
dan selepas itu idea penubuhan IRC berjalan dengan lancar.

Pada 8 Disember 2001 satu perayaan ‘Festival of Rights’ diadakan dengan tema ‘Kebebasan Beragama’.

Pada
10 Disember 2001, Majlis Peguam menganjurkan forum mengenai ‘Kebebasan
Beragama’ dan menerbitkan satu artikel dalam jurnal INSAF.

Pada
17 Mac 2003 bengkel untuk menimbang keperluan wujudnya IRC diadakan.
Bengkel ini gagal apabila kesemua NGO Islam menarik diri daripada
terlibat dengan penubuhan suruhanjaya ini iaitu ABIM, ACCIN, JUST dan
Sisters In Islam termasuk Dr. Chandra Muzaffar yang menjadi antara
orang awal yang mencadangkan dialog antara kepercayaan. Bagaimanapun
Sisters In Islam kemudian menyertai semula dan menyokong penubuhan
suruhanjaya ini.

Pada pertengahan tahun 2004, satu persidangan
mengenai penubuhan IRC diadakan. Bagi menunjukkan wujudnya sokongan,
penganjur seminar telah melantik kesemua ahli Jawatankuasa Kecil
Syariah Majlis Peguam sebagai ahli jawatankuasa penganjur tanpa
pengetahuan mereka.

Mengemukakan deraf ketiga undang-undang
penubuhan IFC bertarikh Januari 2005 kepada persidangan cadangan
penubuhan IFC. Persidangan ini di anjurkan oleh suatu badan yayasan
Kristian yang beribupejabat di Negara Jerman, iaitu Konrad Adeneuer
Foundation (KAF).

4. Apakah matlamat penubuhan IFC?

Matlamat
IFC ialah untuk meminda beberapa ajaran asas Islam yang akan merosakkan
akidah orang Islam dan berpihak kepada kepentingan orang-orang bukan
Islam.

5. Apakah tuntutan orang-orang bukan Islam yang dibuat melalui IFC?

i. Seseorang anak yang dilahirkan oleh ibubapa Islam tidak seharusnya secara terus menjadi orang Islam.

ii.
Orang-orang bukan Islam yang telah memeluk agama Islam hendaklah
diberikan kebebasan untuk kembali kepada agama asal mereka (murtad) dan
tidak boleh dikenakan tindakan undang-undang.

iii. Sebarang kes
pertukaran agama orang Islam kepada bukan Islam tidak sepatutnya
dikendalikan oleh mahkamah syariah tetapi dikendalikan oleh mahkamah
sivil.

iv. Tidak perlu dicatatkan di dalam kad pengenalan sesorang Muslim bahawa ia beragama Islam.

v.
Orang bukan Islam tidak perlu dikehendaki menganut Islam sekiranya
ingin berkahwin dengan orang Islam. Orang Islam hendaklah dibenarkan
keluar daripada Islam (murtad) sekiranya ingin berkahwin dengan orang
bukan Islam tanpa boleh dikenakan apa-apa tindakan undang-undang.

vi. Seseorang atau pasangan suami isteri yang menukar agamanya dengan memeluk Islam tidak patut diberikan hak jagaan anak.

vii.
Orang-orang yang bukan Islam yang mempunyai hubungan kekeluargaan
dengan seorang yang memeluk Islam hendaklah diberikan hak menuntut
harta pusakanya selepas kematiannya.

viii. Kerajaan hendaklah
menyediakan dana yang mencukupi untuk membina dan menyelenggara
rumah-rumah ibadat orang bukan Islam sebagaimana kerajaan menyediakan
dana yang serupa untuk masjid.

ix. Orang-orang bukan Islam
hendaklah dibenarkan dan tidak boleh dihalang daripada menggunakan
perkataan-perkataan suci Islam dalam percakapan dan sebagainya.

x. Bibel dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Indonesia sepatutnya dibenarkan untuk diedarkan kepada umum secara terbuka.

xi. Pelajaran agama bukan Islam untuk penganut agama itu hendaklah diajar di semua sekolah.

xii.
Program-program berunsur Islam dalam bahasa ibunda sesuatu kaum
hendaklah ditiadakan. Program dakwah agama lain selain Islam pula
hendaklah dibenarkan untuk disiarkan dalam bahasa ibunda masing-masing.

xiii.
Orang-orang Islam yang membayar zakat tidak sepatutnya dikecualikan
daripada membayar cukai pendapatan dan wang hasil zakat sepatutnya
digunakan juga untuk keperluan orang-orang bukan Islam.

xiv.
Sepatutnya Islam tidak disebut sebagai pilihan pertama masyarakat
Malaysia seperti dalam soal pakaian menutup aurat kepada pelajar
sekolah.

6. Apakah bahayanya penubuhan IFC terhadap Islam?

Berdasarkan deraf undang-undang penubuhan IFC, suruhanjaya ini jika ditubuhkan amat berbahaya kepada Islam dari sudut:

i.  Membuka ruang seluas-luasnya untuk orang bukan Islam mencampuri hal ehwal agama Islam

IFC
jelas sebuah suruhanjaya anti Islam. Ini adalah campurtangan orang
bukan Islam dalam hal ehwal agama Islam secara terang (tanpa
berselindung). Hak perlembagaan bagi mengamalkan agama sendiri (Artikel
11(1) Perlembagaan Persekutuan – Freedom of Religion (Kebebasan
beragama) tidak berlanjutan kepada mempersoalkan agama lain dan tidak
sampai menuntut ajaran agama orang lain dipinda semata-mata untuk
disesuaikan dengan kepentingan sendiri. Orang-orang bukan Islam berhak
untuk menuntut hak mereka mengamalkan agama sendiri tetapi tidak sampai
mempersoalkan dan campurtangan dalam urusan agama Islam. Campurtangan
ini amat bahaya. Perkara yang berkaitan dengan agama Islam hendaklah
diselesaikan oleh mereka yang berkelayakan di dalam Islam sendiri.

ii.
Menjadikan undang-undang Allah mesti tunduk kepada norma-norma
antarabangsa yang dicipta oleh manusia yang menjejaskan aqidah

Norma-norma antarabangsa tersebut ialah:

Deklarasi Hak Asasi Sejagat 1948,

Konvensyen untuk menghapuskan semua jenis diskriminasi terhadap wanita (disahkan oleh Malaysia pada 5 Julai 1995),

Konvensyen mengenai hak kanak-kanak,

Deklarasi untuk menghapuskan semua bentuk ketidaktoleransi dan diskriminasi berasaskan agama,

Deklarasi mengenai hak-hak orang untuk mempunyai kewarga negaraan, sukukaum, agama dan bahasa minoriti,

Deklarasi Vienna dan pelan tindakan.

Kesemua
norma antarabangsa tersebut belum disahkan oleh Malaysia kecuali yang
dinyatakan sebaliknya. IFC menuntut supaya agama mestilah mengikut
ketentuan norma antarabangsa di atas. Norma antarabangsa tersebut tidak
membezakan antara orang Islam dan bukan Islam. Bagi orang Islam,
peraturan untuk kehidupan mereka bukan lagi Islam tetapi norma-norma
antarabangsa tersebut yang dicipta oleh manusia. Apa sahaja ajaran
Islam yang bertentangan dengan norma antarabangsa hendaklah dihapuskan.
Ini bermaksud, Allah mesti tunduk kepada norma antarabangsa. Ini
menjejaskan aqidah seorang Muslim.

iii. Orang Islam bebas melakukan apa sahaja

Manusia
adalah bebas. Begitu juga orang Islam adalah bebas. Mereka bebas
melakukan apa sahaja termasuk mengamalkan ajaran agama lain tetapi
masih boleh mengaku sebagai seorang Muslim atas nama kebebasan
beragama. Kebebasan agama ini dijamin oleh norma antarabangsa di atas.

iv. Orang Islam bebas untuk murtad

Deklarasi
sejagat mengenai hak asasi manusia menyatakan ’setiap orang mempunyai
hak untuk bebas berfikir, suara hati dan agama. Ini termasuk kebebasan
menukar agama… (Artikel 18)’. Ini bermaksud status sebagai seorang
Muslim bukan ditentukan oleh Tuhan tetapi ditentukan oleh manusia.
Berdasarkan norma antarabangsa, Islam tidak berhak menghalang
penganutnya keluar daripada Islam kerana itu dibenarkan oleh norma
antarabangsa.

v. IFC berhak menentukan status agama seseorang

Seseorang
yang ingin murtad boleh mengemukakan permohonannya kepada IFC.
Permohonannya akan ditentukan oleh ahli-ahli IFC yang di antaranya
adalah orang bukan Islam. Ini adalah campurtangan yang amat nyata dalam
hal ehwal Agama Islam. Jabatan Pendaftaran Negara tidak berhak menolak
permohonan seseorang untuk menukar nama daripada Islam kepada bukan
Islam dengan alasan suatu percubaan untuk murtad. Jika permohonan
ditolak ini menjejaskan keharmonian dan kebebasan beragama. Perkara ini
terkandung di dalam seksyen 19(3) deraf undang-undang IFC.

Tiada
sebarang agama yang sanggup menerima campurtangan oleh mereka yang
bukan penganutnya. Oleh yang demikian tidak pernah wujud badan seumpama
IFC di mana-mana sahaja dalam dunia ini.

7. Apakah sikap kita sebagai Muslim?

Menentang
sekeras-kerasnya penubuhan IFC. Kerajaan awal tahun ini telah
mengumumkan penangguhan penubuhan IFC. Semua saluran perlu digunakan
untuk menghalang penubuhan IFC. Para pelopor IFC ini tidak akan berdiam
diri dengan penangguhan ini dan akan terus melobi semua pihak untuk
menerima cadangan mereka. Ini terbukti apabila mereka menyokong
sepenuhnya pengikut-pengikut Ayah Pin yang ingin murtad dan menyediakan
khidmat guaman untuk menyaman pihak berkuasa dan membawa kes ini ke
peringkat tertinggi.

Orang Islam perlu berwaspada dan jangan terpedaya dengan diayah bahawa tindakan mereka ini hanya satu dialog antara agama.

KAMI
HARGAI KEPUTUSAN KERAJAAN MENANGGUHKAN SEBARANG TINDAKAN DALAM HAL INI.
MALAH KAMI HARAP PENUBUHAN IFC DI TOLAK SAMA SEKALI. KAMI BERPENDAPAT
PENUBUHAN IFC INI BOLEH MENIMBULKAN KETEGANGAN ANTARA AGAMA DAN
MENGGUGAT KESELAMATAN NEGARA.

JIKA ANDA MENCINTAI ISLAM DAN
BERHASRAT MEMELIHARA HAK-HAK MUSLIM, ANDA SEPATUTNYA MENYEBARKAN
RISALAH INI. ANDA JUGA DIMINTA MENYUARAKAN PROTES INI KEPADA WAKIL
RAKYAT ANDA.

ORANG ISLAM WAJIB SEDAR TENTANG ANCAMAN PENUBUHAN IFC.

Allied
Coordinating Committee of Islamic NGOs (ACCIN) merakamkan jutaan terima
kasih atas sokongan dan sumbangan dari YADIM dan ahli-ahli individu
yang prihatin.

Ahli-ahli ACCIN terdiri dari:

Al-Hidayah,
Belia PERKIM, GEPIMA, Islamic Information and Services, Islamic
Outreach ABIM, JIM, MACMA, Persatuan Al-Hunafa, Persatuan Darul Fitrah
Malaysia, Persatuan Kebajikan dan Pengubatan Islam Malaysia (Darus
Syifa), Persatuan Seruan Islam Wilayah Persekutuan dan Selangor
(Jam’iyah), Persatuan Ulamak Malaysia, RICOI, WAMY

Untuk maklumat lanjutan sila rujuk:

http://www.geocities.com/bantah_IFC/

atau e-mail:

jimhq@po.jaring.my
zaidun@pc.jaring.my
jkdakwah@jim.org.my

atau hubungi:

Secretariat ACCIN: 
Alamat: c/o Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia
Lot 300.3, Lorong Selangor
Pusat Bandar Melawati
51200 Kuala Lumpur
Malaysia
Fax: (603) 4107-1754

———————————————————————————————————————–

aku merayu kepada rakan-rakan aku supaya memberi perhatian kepada perkara di atas….perjuangan pihak musuh hendaklah dipatahkan, kita kira bernasib baik tak perlu berhadapan dgn pengganas2 ISRAEL seperti yg menimpa saudara kita di PALESTINE….hanya memerlukan sedikit perjuangan untuk memastikan kesucian agama kita sentiasa terjaga dan terjamin…sayangilah ISLAM

source: http://www.malaysia-today.net/Blog-s/2005/10/bantah-penubuhan-ifc.htm
            http://www.geocities.com/bantah_ifc/bantah_penubuhanIFC-malaysiatoday.htm

Leave a Reply