Anak Kita Dah Hilang Dara! - Seks Di Kalangan Remaja Melayu
triple_j menulis -
"Baru2 ini, saya mendapat email daripada seorang sahabat lelaki saya di malaysia, memberi saya petikan daripada Mastika keluaran terbaru. Petikan email tersebut membuat saya berfikir panjang tentang kehidupan yang bakal saya lalui beberapa bulan nanti. Petikan ini sama seperti yang saya dapat di email tersebut, tanpa sebarang editing. jadi maaf jika kualiti penulisannya kurang memuaskan.
—
you tau anna, recently dlm majalah mastika.ader satu artikel tuh.tajuk dia kalau tak silap ermmm "anak kita dah hilang dara".
sumary dia camnih, ader sorang penulis perempuan tuh dia lepak kat central market. sedang dia lepak duduk2 sambil tunggu teksi, dia terdengar conversation antara 3 malay girls. tanpa menoleh dia dengar perbualan tu tentang hilang dara.diaorg masing2 selamba cerita pasal exprience masing2. so si penulis nih pon toleh ler rupanya ketiga tiganya pakai tudung.
dia pon gi jumpa ler minah2 tadi saje kata nak buat survey ttg masalah dara tuh. diaorg kata: sekarang org dah tak kisah ada dara ke tidak kalau suka kawin ler. kita semua dah pernah buat.tapi pandai buat pandai simapan ler. org lelaki tuh bodoh sebenarnya….so masa kali pertama nanti kepit ler kuat2. diaorg mesti tak tahu punya. pas tuh buat2 lah menangis kononnya sedih ler kehilangan dara
si penulis ucap terima kasih & beredar ke klcc plak. dlm hati~ ermmm kalau yg bertudung pon dah hilang dara, kita tengok yg seksi nih plak tentu hancuss. dapat ler respond dari sorang minah seksi bersama pakwenya, tapi masa conversation tuh pakwe dia gi tempat lain kejap.
so si minah seksi tu lagi la selamba, seks biasalah kak.tapi pandai2lah jgn sampai bunting.kalau jodoh kawin dgn org lain, kita jgn ler bagitau, diaorg mana nak tahu .kata jek kita nih jenis suka sukan lasak , kalau tak percaya carik ler artikel yg mengatakan dara boleh hilang pasal tuh. tapi pandai pandai ler .
jgn plak tunjuk terer atas katil nanti dia suspect.tuh pakwe saya pon ingat dia yg pertama meneroka tubuh saya.sebenarnya masuk yg nih dah 3 pakwe yg dah rasa.semuanya tak tahu
jadi buat apa nak risau ada dara ke tidak. hidup mesti sedap…..enjoy selagi boleh kak, sebelum kahwin, sebelum tua.
ermm lebih kurang mcm tuh ler criternya. so kalau kat sini , kat kl m’sia ni pon org melayu dah ramai yg rosak, mcm mana yg kat oversea eikk? u anna terkecuali ler…iye ker:)
—
Membaca email sahabat saya tu, saya pun mula terfikir..walaupun saya ada first hand account on this issues, dengan rakan2 saya di malaysia, saya sangka yang isu seks luar nikah di kalangan remaja Melayu / Islam telah berkurangan kalaupun tidak berakhir,terutama dengan pengenalan islam hadhari yang diwarwarkan oleh pm kita. tgk, mcm tu la jugak.
Lalu saya pun terfikir..kalau mcm ni la kehidupan yang akan saya lalui di malaysia, apa gunanya saya balik ke malaysia? baik duduk di negara kafir ni jugak! sama sahaja! Nama je negara islam!
"
By: triple j
Source: http://tranungkite.net/modules.php?name=News&file=article&sid=1176